Perlanggaran bintang Perlanggaran Andromeda–Bima Sakti

Walaupun Galaksi Andromeda mengandungi kira-kira 1 trilion (1012) buah bintang dan Bima Sakti mengandungi kira-kira 300 bilion (3 ×1011), kemungkinan untuk dua buah bintang berlanggaran boleh diabaikan kerana jarak yang besar antara bintang-bintang. Sebagai contoh, bintang terdekat dengan Matahari ialah Proxima Centauri, kira-kira 4.2 light-year (4.0×1013 km; 2.5×1013 mi) atau 30 juta (3 ×107) diameter suria jauh.

Untuk menggambarkan skala itu, jika Matahari adalah bola pingpong, Proxima Centauri adalah sebiji kacang pea yang berada kira-kira 1,100 km (680 mi) jauhnya, dan Bima Sakti pula lebih kurang 30 juta km (19 juta batu). Walaupun bintang kebanyakannya berhampiran pusat galaksi masing-masing, jarak purata antara bintang masih 160 bilion (1.6 ×1011) km (100 bilion batu). Itu sama dengan sebiji bola ping pong setiap 3.2 km (2.0 mi). Oleh itu, adalah tidak bermungkinan bahawa mana-mana dua buah bintang dari galaksi penggabungan itu akan bertembung.[5]

Rujukan

WikiPedia: Perlanggaran Andromeda–Bima Sakti http://www.deepskyvideos.com/videos/other/andromed... http://www.msnbc.msn.com/id/16872449/ http://www.nature.com/news/andromeda-on-collision-... http://www.universetoday.com/2007/05/10/when-our-g... http://adsabs.harvard.edu/abs/1997RvMP...69..337A http://adsabs.harvard.edu/abs/2008MNRAS.386..155S http://adsabs.harvard.edu/abs/2008MNRAS.386..461C http://adsabs.harvard.edu/abs/2012ApJ...753....7S http://adsabs.harvard.edu/abs/2012ApJ...753....9V http://adsabs.harvard.edu/abs/2014ApJS..214....1U